Bekas Perdana Menteri Singapura Selamat Jalani Pembedahan

Singapura – Bekas Perdana Menteri Singapura, Goh Chok Tong berjaya jalani pembedahan kanser prostat di General Hospital Singapura (GHS), pada Sabtu.

Menurut kenyataan setiausaha akhbarnya, Goh dijangka pulih sepenuhnya berikutan kanser berkenaan masih tidak merebak dan dapat dikesan awal.

Goh akan berada di hospital untuk beberapa hari lagi.

Goh, 73, menjadi perdana menteri kedua Singapura pada 28 Nov 1990, menggantikan Lee Kuan Yew, dan berkhidmat dengan jawatan itu hingga 12 Ogos 2004, dan kini dilantik menjadi Menteri Kanan Emeritus (ESM).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.