20 Rumah Setinggan Dijilat Api

Lahad Datu – Sebanyak 20 rumah setinggan musnah dalam kebakaran di Kampung Pangkalan, Silam di sini, awal pagi tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Bomba dan Penyelamat Sabah Mohd Affendy K. Ramin berkata Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu menerima panggilan kecemasan pada 12.14 pagi dan sepasukan lapan anggota tiba di tempat kejadian kira-kira 30 minit kemudian.

Kebakaran dapat dikawal pada 1.20 pagi, katanya dalam kenyataan di sini. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran sedang disiasat. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.