Semua Parti Politik Perlu Isythihar Gencatan Politik -Aziz Kaprawi

- Advertisement -

CYBERJAYA: Semua parti politik perlu melakukan gencatan politik sepertimana mana yang telah dilakukan oleh Presiden UMNO, Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk keprihatinan kesejahteraan rakyat dicapai bersama.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Aziz Kaprawi, berkata pengisytiharan ini perlu dilakukan segera kerana tugas untuk mendepani cabaran membendung wabak COVID-19 ini diikuti pula dengan kegawatan ekonomi memerlukan kerjasama semua termasuk parti di dalam Kerajaan Perikatan Nasional dan parti pembangkang.

“Gencatan politik yang harus dilakukan ini juga termasuk semua gerakan yang dilakukan secara terang-terangan ataupun secara sulit dengan menggunakan pihak ketiga seperti portal berita, blog ataupun media sosial,

“Tidak ada gunanya UMNO secara bersendirian melakukan gencatan politik manakala parti politik lain ligat mengadakan gerakan-gerakan politik mereka sendiri,” tulis beliau dilaman facebooknya.

Jelasnya lagi, gencatan senjatan ini tidak bermaksud YAB Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin boleh melupakan syarat baharu yang dinyatakan tempoh hari bagi meneruskan kerjasama politik.

“UMNO masih lagi menunggu untuk melihat keikhlasan Tan Sri Muhyiddin dalam kerjasama ini sekaligus memperlihatkan keikhlasannya untuk meneruskan agenda kesejahteraan negara dan kebajikan rakyat, tegasnya.

Aziz juga menyarankan UMNO harus meneruskan usaha untuk memperkukuh asas Muafakat Nasional (MN) yang memperlihatkan kerjasama yang lebih erat di antara dua parti Melayu yang mempunyai akar umbi yang terbesar agar tidak diperlekehkan oleh parti kecil yang lain.

Baginya UMNO tidak boleh terpedaya dan terperangkap dengan sebarang janji-janji ‘manis’ mana-mana parti politik lain dan teruskan agenda memperkasakan MN.

“Semoga semua parti politik ikhlas dan beristiqamah menghormati gencatan politik ini,

“Moga hasrat Presiden UMNO untuk melihat kesejahteraan rakyat dapat dicapai bersama,” katanya.-SuaraTV

 

author avatar
Ahmad Fansuri Mohd Nasir
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat