Video: Beli Maggi Mangkuk, Hanya Dapat Perencah dan Garpu, Magginya Mana?

KUALA LUMPUR, — Seorang lelaki ditertawakan rakannya apabila mereka mendapati maggi mangkuk yang dibelinya hanya ada garpu dan set perencah sahaja.

“Member beli maggi pedas gila tadi, magginya tak ada, yang ada nya lapan garpu dengan lima set perencah je, magginya tak ada, Hahahahaha. Sian dia,” kata Asyraaf Syahmi yang melampir tiga foto berkaitan diiringi ikon ketawa.

“Aku beli empat ringgit dapat benda ini? Maggi tak ada,” kedengaran suara dalam rakaman 45 saat yang dimuat naik Asyraaf ke Twitter.

Beliau turut mengetag Maggi Malaysia, pengeluar makanan ringan itu.

Susulan itu, Twitter Maggi Malaysia dalam bebenang sama memohon maaf dan meminta rakan Asyraaf memberi nombor telefon melalui mesej “untuk bantuan selanjutnya”.

“Kami ingin memohon diatas kesulitan yang dihadapi. Keselamatan dan kualiti produk merupakan keutamaan Nestlé. Oleh itu, kami memandang serius setiap maklum balas daripada pengguna,” tulis pentadbir akaun Maggi Malaysia.

Lain-lain berita hangat;

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.