Mata Pembantu Rumah Warga Indonesia Jadi Buta Didera Majikan Kejam

Seorang pembantu rumah warga Indonesia menjadi buta dan mengalami luka di beberapa bahagian badan selepas dipercayai didera majikannya sejak lapan tahun lalu.

Bagaimanapun, wanita berusia 29 tahun itu bernasib baik apabila diselamatkan Bahagian Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak dalam serbuan di Jalan Sultan Iskandar, Ipoh, Ahad lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Anuar Othman berkata, susulan itu pihaknya turut menahan suami isteri berusia 35 dan 36 tahun yang juga majikan mangsa.

Menurutnya, pihaknya sebelum itu menerima maklumat mangsa dieksplotasi majikannya sebelum sepasukan pegawai dan anggota D7 menyelamatkan mangsa dan menahan kedua-dua suspek.

“Mangsa dipercayai dipukul menggunakan rotan dan tangan dan siasatan terhadap mangsa mendapati terdapat kesan luka lama di bahagian tubuh badan dipercayai dipukul.

“Selain itu, muka mangsa bengkak dipercayai akibat ditumbuk dan mangsa juga hilang penglihatan dipercayai didera majikannya sejak 2011 dan berada dalam keadaan trauma serta ketakutan ketika diselamatkan polis,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Anuar berkata, kedua-dua suspek ditahan mengaku tidak pernah membenarkan mangsa pulang ke negaranya dan kejadian dipercayai berlaku di rumah suspek di Taman Kledang Emas.

Menurutnya, kedua-dua suspek kini direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migrain (ATIPSOM) 2007.

Lain-lain berita;

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.