Tawaran Hishamuddin Dipertikai, Didakwa Mahu Lepaskan Diri Dari 1MDB

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Hang Tuah Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin mempersoalkan motif bekas Menteri Pertahanan yang menawarkan diri mencari ahli perniagaan kontroversi, Low Taek Jho atau Jho Low di China bagi menyelesaikan skandal 1MDB.

Justeru beliau meminta kerajaan menyiasat sama ada tawaran , Datuk Seri Hishammuddin Hussein itu ialah cubaan untuk melepaskan diri daripada siasatan membabitkan tindakan kerajaan terdahulu.

“Kita sedia maklum sekarang ini ramai pemimpin Umno dibawa ke mahkamah dan dituduh atas kesalahan rasuah dan penyelewengan.

“Kita tidak mahu ada sebarang persepsi tawaran itu bertujuan melepaskan diri dengan perkara-perkara bersangkutan kerajaan yang lalu,”katanya di lobi Parlimen hari ini.

Jelasnya lagi tiada keperluan Hishammuddin menawarkan diri kerana hubungan baik Malaysia dan China sudah memadai untuk mencari Jho Low.

“Kalau nak digerakkan jentera keselamatan ke sana bagi tujuan membantu kes ini, sudah pasti negara kita boleh menghantar pasukan untuk menjejaki Jho Low dan tidak perlu tawaran Hishammuddin,” katanya lagi

Semalam, Hishammuddin dilaporkan berkata, Putrajaya tidak meminta bantuannya, tetapi beliau menawarkan diri membantu kerajaan atas kapasiti peribadi menggunakan hubungan terdahulunya dengan pemimpin China.-SuaraT v

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.