Suami Isteri Kanibal, Bunuh 20 Wanita Untuk Buat Stik

KUALA LUMPUR – Suami isteri didakwa membunuh 20 wanita untuk dijadikan hidangan stik mereka.

Juan Carlos dan isterinya, Patricia masing-masing mengaku terhadap pertuduhan mengamalkan kanibalisme di Mexico.

Lelaki itu dikatakan mempunyai perasaan benci yang melampau terhadap kaum wanita dan gemar menyeksa mereka secara seksual sehingga mati.

Lebih teruk, mangsa yang dibunuh akan dijadikan sebagai makanan anjing peliharaannya.

“Saya lebih suka anjing saya makan daging wanita-wanita itu daripada biarkan mereka hidup dan bernafas dalam oksigen yang sama dengan saya,” ujar Juan sewaktu disoal siasat oleh pihak berkuasa.

Mengalami pengalaman yang memberikan kesan dalam hidupnya Juan mendedahkan dipaksa menonton aksi seks ibunya bersama beberapa lelaki dan diarahkan memakai pakaian wanita, suatu ketika dahulu.

Selain Juan, isterinya, Patricia turut disahkan menghidap masalah mental sejak kecil.

Namun, pakar psikiatri mendakwa, pasangan itu masih lagi boleh membezakan perkara yang betul atau salah, sekali gus menolak pengecualian hukuman atas sebab kesihatan mental.

Menurut pegawai psikiatri, Juan turut mendedahkan yang dia akan berterusan membunuh wanita jika dia dibebaskan dari penjara.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.