SPRM Dijangka Panggil Najib Sekali Lagi, Irwan Serigar Mungkin Ditahan

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mungkin akan menahan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Irwan Serigar Abdullah, berhubung siasatan urusan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan firma pelaburan Abu Dhabi iaitu International Petroleum Investment Company (IPIC).

Berdasarkan maklumat sumber, SPRM sudah meminta bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Irwan Serigar untuk hadir ke ibu pejabat suruhanjaya berkenaan di Putrajaya bagi membantu siasatan IPIC, pada jam 2 petang esok.

“Kedua-dua mereka sudah dimaklumkan mengenai perkara ini dan berkemungkinan pihak SPRM akan menahan Irwan Serigar sebelum membawanya terus ke mahkamah untuk proses pendakwaan pada hari berikutnya.

“Bagaimanapun, Najib mungkin akan dilepaskan selepas proses merakam percakapan dilakukan sebelum turut didakwa bersama Irwan Serigar Khamis ini,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Katanya, Najib bakal berhadapan dengan enam pertuduhan berhubung siasatan ke IPIC, namun tidak dapat memaklumkan jumlah pertuduhan yang bakal dilakukan terhadap Irwan Serigar.

Sebelum ini, SPRM menahan Najib semalaman di ibu pejabat SPRM sebelum mendakwanya berhubung kes membabitkan 1MDB dan SRC International.

Sementara itu, News Straits Times (NST) hari ini melaporkan bahawa Najib berkemungkinan berhadapan sekurang-kurangnya empat pertuduhan berhubung urusan 1MDB dan IPIC.

Laporan berkenaan mendedahkan bahawa penyiasat SPRM meneliti bagaimana pentadbiran lama menyelesaikan hutang dengan duit cukai dan cuba mengenalpasti pihak yang meluluskan bayaran berkenaan yang dikatakan dibuat tanpa kelulusan Kabinet. – BH

3 thoughts on “SPRM Dijangka Panggil Najib Sekali Lagi, Irwan Serigar Mungkin Ditahan

  • October 24, 2018 at 7:52 am
    Permalink

    Tu la keje diorang dulu rasuah.salahlaku. curi duit rakyat?? Semoga yg jahat dihukum seberat2nya…! Rosak negara rosak kalau kerajaan ini masih perintah???? Kita berdoa agar pengkhianat2 ini dibuktikan bersalah dan dihukum seberat3nya!!! Ini lah kalau duit harta jadi pedoman kiblat ??? Allah swt maha berkuasa!!!!

    Reply
  • October 24, 2018 at 7:56 am
    Permalink

    Terlampau byk tuduhan pd perompak2 ini!!! Betapa rakus tamak haloba ??? Semoga terbukti kejahatan mereka2 ini yg telah rosak akal fikiran hati pedoman…ikrar aku janji sumpah jawatan???? Kau orang tipu rakyat?? Penyamun perompak penyangak pencuri pengkhianat!!! Terima lah akibatnya???, alhamdulillah patut lah bungkus teruk pru…!!

    Reply
  • October 24, 2018 at 7:59 am
    Permalink

    Mudah2an terbukti salahlaku kejahatan mereka2 ini???? Syukur alhamdulillah rakyat undi PH!!!!!! mereka perosak penyangak perompak????

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.