Semua Menteri ‘Lari’ Ketika Najib Berbahas

SHAH ALAM – Datuk Seri Najib Razak menyindir ahli Parlimen kerajaan yang ‘lari‘ sewaktu beliau berbahas di Dewan Rakyat siang tadi.

Dalam nada sarkastik, mantan perdana menteri itu berkata, lebih baik beliau menyiarkan ucapan perbahasannya di laman sosial Facebook sahaja jika menteri dan timbalan menteri tidak duduk di kerusi masing-masing. 

“Bila saya tulis di FB, ada yang panggil saya bawa ke Parlimen.

“Bila saya bawa ke Parlimen, ramai menteri dan timbalan menteri hilang. 

“Lain kali saya tulis di FB, sudah.

“Mungkin kebanyakan menteri ada temujanji lunch awal. Mungkin juga ada satu dua yang terpaksa rehat tengah hari kerana tidak dapat tidur malam,” tulis Najib di Facebook.

Gambar yang menunjukkan Najib sedang berbahas dengan jelas terpampang kerusi di pihak kerajaan ‘kosong’ juga tular di media sosial siang tadi.

Rata-rata netizen mengkritik tindakan ahli parlimen Pakatan Harapan (PH) yang dianggap masih terbawa-bawa dengan perangai mereka sewaktu menjadi pembangkang dahulu.

Netizen juga menyatakan sokongan kepada Najib agar terus melakukan semak dan imbang terhadap kerajaan PH. -SuaraTv 

One thought on “Semua Menteri ‘Lari’ Ketika Najib Berbahas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.