Saya Tak Suka Bengkok, Saya Suka Lurus – Najib

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak secara peribadi tidak suka dengan rekaan jambatan yang bengkok, mengatakan ia menelan belanja yang tinggi dan tidak menyelesaikan kesesakan lalu lintas.

Bekas perdana menteri berkata dia lebih menggemari rekaan yang lurus.

“Pertamanya, saya tak suka bengkok, saya suka lurus. Kalau nak buat jambatan buatlah lurus kerana kalau bengkok sambung dengan tambak sedia ada memang tak masuk akal,” katanya ketika membahaskan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) yang dibentangkan perdana menteri minggu lalu.

Najib berkata idea jambatan menggantikan tambak Johor, yang dicetuskan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sejak 1996, tidak dapat diteruskan kerana tidak mendapat persetujuan Singapura.

“Saya nak buat jambatan lurus sebab lagi jimat dan reka bentuk agak indah. Bukan saya tentang tapi fikir ada cara dan kaedah lebih sesuai,” katanya.

Perbincangan mengenai projek jambatan baharu menggantikan Tambak Johor yang digunakan sejak 1923 diadakan sejak 1997 namun menemui jalan buntu sehinggalah ia dibatalkan pada 2006 oleh pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian pada 16 Oktober lalu berkata idea jambatan bengkok kini dalam perancangan semula.

Ia digelar jambatan bengkok kerana jambatan itu direka untuk melengkung dalam perairan negara sebelum bertemu dengan bahagian tambak di Singapura.

Perobohan tambak dalam perairan negara dijangka membolehkan kapal dagang melalui Selat Tebrau dan merancakkan industri di Tanjung Pelepas dan Pasir Gudang, dan melancarkan aliran air di Selat Tebrau. – FMT

One thought on “Saya Tak Suka Bengkok, Saya Suka Lurus – Najib

  • October 24, 2018 at 8:05 am
    Permalink

    Bengkok mcm parti dulu lah?? Kita mahu lurus tegak bukan korup rasuah????

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.