Pemandu Teksi Tangguh Himpunan Di Kuala Lumpur Esok

POLIS mengesahkan penganjur membatalkan perhimpunan aman pemandu teksi dari seluruh negara di Padang Merbok, Kuala Lumpur, esok.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

“Perhimpunan yang dijadualkan berlangsung di Padang Merbok oleh pemandu teksi dibatalkan. Bagaimanapun ada satu lagi perhimpunan, namun tidak membabitkan isu teksi,” katanya.

Terdahulu, Pengasas Big Blue Capital (M) Sdn Bhd, Datuk Shamsubahrin Ismail dilaporkan berkata, perhimpunan aman di Padang Merbok bagi menuntut keadilan isu Grab esok, ditangguhkan ke tarikh baharu selepas rundingan dengan polis yang meminta kerjasama pihak penganjur menyerahkan beberapa dokumen bagi menjamin aspek keselamatan.

Sebelum ini perhimpunan berkenaan dilaporkan bakal diadakan esok pada 9 pagi di Padang Merbok, bermula di bangunan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dalam usaha menuntut ketua pegawai eksekutifnya turun berjumpa pemandu teksi. – Hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.