Netizen Pelik Kenapa Syed Saddiq Mudah Sentap Isu Bala Kerana LGBT?

KUALA LUMPUR – Pengguna media sosial (netizen) hari ini menyuarakan persoalan dan rasa pelik dengan sikap Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang didakwa mudah sentap dan melenting apabila isu bala kerana aktiviti Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) dibangkitkan.

Ia berikutan kenyataan bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menyuarakan kebimbangannya mengenai aktiviti LGBT yang semakin berleluasa dan jika gagal dibendung di Malaysia dikhuatiri mengundang bala seperti yang berlaku di Palu, Sulawesi, Indonesia.

“Kita lihat situasi di Malaysia (berhubung isu LGBT) turut mengkhuatirkan, di mana kita tahu kejadian di Palu baru-baru ini apabila ada gempa bumi dan tsunami.

“Dikhabarkan terdapat lebih daripada seribu di kalangan mereka terlibat dalam aktiviti yang berkenaan, akibatnya seluruh kawasan diranapkan, ini adalah hukuman Allah,” kata Zahid.

Syed Saddiq dalam reaksi segeranya di laman Twitter membidas dan mempersoalkan kenyataan Ahmad Zahid mengenai LGBT seterusnya beliau membangkitkan isu tangkapan kes rasuah yang dikaitkan dengan kerajaan BN sebelum ini.

“Kalau makan rasuah dan bersekongkol dengan mereka yang mencuri duit rakyat macam mana pula? Bala turun ke tak ?

“Di KBS dah 12 orang ditahan oleh SPRM. Dalam UMNO ja dah terlalu banyak sampai dah hilang kiraan. Tak pula saya dengar bala akan turun kerana pencuri,” kata Syed Saddiq.

Ekoran itu sebahagian netizen melahirkan rasa terkejut dengan kenyataan Syed Saddiq yang dilihat seolah-olah tidak bersetuju dengan nasihat dan kebimbangan yang disuarakan Ahmad Zahid mengenai LGBT.

“Pengiktirafan pada LGBT itu sama spt pengiktirafan pada kemungkaran. Seperti sengaja mengundang bala. Jng samakan dgn rasuah. Itu perbuatan jenayah. Yang salah didakwa dan dihukum. Dua hal yg berbeza.

“BTW, awat hang koyak sgt bila cerita psl LGBT,” soal Tukang Royak @asbiiby menuntut jawapan dari Syed Saddiq.

Seorang netizen lain turut melontarkan persoalan kenapa Syed Saddiq sering tersentap setiap kali pemimpin pembangkang bercakap isu LGBT.

“Dalam byk² statemement dari pembangkang aku perasan bro #youthpower ni selalu sentap bila berkaitan dengan LGBT. Kenapa ye? Nak mintak bro menteri yg jawab 🙃,” komen Engr NIMY @Cik_Izah pula.

Wan MH @MRizuanmh turut mengulas persoalan yang sama.

“YB Menteri. Rasuah dan LGBT dua hal yg berbeza. Bila kita tolak budaya LGBT, tak bermaksud dosa lain termasuk rasuah menjadi halal. Bicarakanlah rasuah ikut saluran undang2 yg ada. Salah ke Zahid beri ingatan ttg ancaman LGBT?

“Dan saya tak faham knp YB Menteri begitu cepat melenting dlm soal LGBT ni? Adakah YB melihat ia hal yg remeh dan kecil? Kalau benar, tak hairanlah YB pernah lantik pendokong LGBT sebagai pegawai khas tempoh hari,” kata Wah MH @MRizuanmh di ruangan komen Twitter Syed Saddiq.

Komen Wan MH @MRizuanmh mengenai pendokong LGBT dipercayai merujuk kepada kontroversi pelantikan aktivis LGBT, Numan Afifi Saadan sebagai Pegawai Khas di Kementerian Belia dan Sukan pada Julai lalu.

Numan Afifi merupakan Presiden Kempen Pelangi yang menganjurkan program “Iftar Gay” pada Jun 2017.

Pada Februari lalu, Syed Saddiq turut terkena tempias kontroversi isu LGBT apabila abang beliau, Syed Abdullah menggesa masyarakat tidak mendikriminasikan golongan gay.

Syed Abdullah mendakwa golongan LGBT juga diberkati seperti insan lain. Beliau turut menggesa dilakukan perubahan di Malaysia supaya pasangan gay boleh hidup aman. – SuaraTV

Berita Berkaitan;-

Orang ‘Gay’ Juga Diberkati dan Indah Seperti Insan Lain, Kata Abang Syed Saddiq

“Kamu Sentiasa Jadi Bro Saya,” Kata Syed Saddiq Kepada Aktivis LGBT

Aktivis LGBT Umum Letak Jawatan ‘Pegawai Akhbar’ Kepada Syed Saddiq

Antara komen netizen di laman Twitter Syed Saddiq (sila klik imej tangkap layar di atas untuk paparan lebih jelas)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.