Najib Tegur Bajet 2019 Bakal Perangkap Kerajaan

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Bajet 2019 yang akan dibentangkan November nanti akan memerangkapkan negara.

Dalam Dewan Rakyat beliau memberi amaran bahawa anggaran perntukan belanjawan tahun depan berdasarkan hart harga purata minyak mentah AS$70 setong tidak wajar.

“Jadi dengan keadaan rapuh ini kita tidak seharusnya letak belanjawan kita pada angka AS$70. Kita akan terperangkap,” katanya ketika membahaskan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) yang dibentangkan perdana menteri minggu lalu.

Dalam pada itu beliau menyokong usul Kajian Separuh Penggal RMK-11 mengakui ada kelemahannya.

Antara sebab lain beliau menyokong usul perdana menteri ialah kerana ia memperakui kadar pertumbuhan 5.9% pada 2017 di bahagian pertama dokumen itu.

Najib berkata ramai tidak tahu pembangunan Malaysia dalam tempoh 6 tahun dari 2011 hingga 2017 mengatasi 4 “harimau ekonomi” Asia iaitu Korea Selatan, Taiwan, Singapura dan Hong Kong.

“Sekiranya ada pihak memomok negara muflis dan rakyat susah, mereka dinafikan dengan fakta dan hakikat sebenarnya,” jelasnya-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.