Menteri Sibuk Dengan Warna Stoking, Yuran Universiti Dinaikkan Kata Najib

KUALA LUMPUR – Tidak cukup dengan isu pinjaman PTPTN yang sehingga kini belum berkesudahan, muncul isu warna kasut sekolah, warna stokin dan pegawai Menteri Pendidikan yang dipertikaikan ke London, kali ini bekas Perdana Menteri mempertikaikan perkembangan terbaharu berkaitan yuran Universiti Malaya (UM) yang dinaikkan.

Datuk Seri Najib Razak berseloroh berkata bahawa perubahan yang diharapkan oleh rakyat dibawa oleh Pakatan Harapan (PH) nampaknya tidak seperti yang dijanjikan juga tidak seperti yang diimpikan. 

“Dijanjikan hapus PTPTN, yang dapat apa? Sindiran dan kritikan kerana tak bayar PTPTN.

“Dijanjikan pendidikan percuma, yang dapat apa? Yuran universiti dinaikkan.

“Menteri sibuk dgn warna kasut dan stokin. Penasihat pula ke London buat kajian.

“Inilah Malaysia Baru bawah Pakatan Harapan,” sindir Najib menerusi Facebooknya sebentar tadi.

Untuk rekod Khamis lalu, sekumpulan penuntut universiti tersebut mendakwa berlaku kenaikan yuran pengajian yang dilakukan tanpa sebarang notis awal atau surat pekeliling kepada mahasiswa.

Kumpulan dikenali sebagai Suara Siswa dan mewakili penuntut dari pelbagai fakulti itu mendakwa UM menaikkan yuran sebanyak RM50 untuk penuntut tempatan dan RM3,000 untuk penuntut luar negara.

Mereka turut mengesyaki berlaku perlanggaran kontrak kerana difahamkan universiti awam berdepan pemotongan bajet selain mendakwa pentadbiran Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) itu gagal membalas memorandum ditandatangani oleh 6,000 penuntut.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik pula dalam pada itu sebagai respon hanya berkata bahawa pihak sudah berhubung dengan universiti terbabit bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai isu berkenaan.-SuaraTv

3 thoughts on “Menteri Sibuk Dengan Warna Stoking, Yuran Universiti Dinaikkan Kata Najib

  • October 24, 2018 at 2:53 pm
    Permalink

    Tk pyh kau sibuk2 komen?, tunggu jer hukuman seberat3nya yg akan diterima termasuk pesalah2 kroni2..kuncu2 ..!! Terlalu rosak dibuat dulu?? Kau layak dipenjara seumur hidup dgn kuncu2..!!! Tak sedar diri..insaf masih tak ngaku salah laku??? Lawanlah takdir yg tersurat!! Berapa lama nk elak..tepis!!! Masih nk salahkan org lain?? Nk tongkat langit ker?? Perosak negara no 1..!!! Semoga terbukti juga..salahlaku yg kau tepis??? Insyallah allah swt maha adil maha kaya!! Amin..

    Reply
  • October 24, 2018 at 2:56 pm
    Permalink

    Cepat2lah dakwa tuduh jatuh hukum!! Makin meluat benci marah sakithati pd perosak pengkhianat nusa bangsa negara!!! Spesis yg kita semua mesti lupakan!!!

    Reply
  • October 24, 2018 at 2:59 pm
    Permalink

    Yg bangang biul bodoh nk demo merah??? Salah nk bela ker? Bodoh mcm kayu?? Salah hukum jgn tunggu lagi?? Tangkap jer yg nk demo ??sumbat penjara!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.