Mazlee Nafi Guna Dana KPM Bawa Wan Saiful Wan Jan Ke London

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan, Maszlee Malik menegaskan lawatan luar negara penasihat khasnya, Wan Saiful Wan Jan bersama beberapa pegawai tidak menggunakan peruntukan Kementerian Pendidikan.

“Tidak guna peruntukan kementerian,” katanya tanpa mengulas lanjut.

Beliau berkata demikian setelah Saiful yang juga pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memuat naik beberapa gambar di Twitternya mengenai delegasi Kementerian Pendidikan yang dibawanya ke London bagi memahami sistem sekolah di negara itu.

Bekas menteri pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid dilapor menyifatkan tindakan Saiful itu seolah-olah mengambil alih tugas Menteri dan Timbalan Menteri.

Maszlee bagaimanapun enggan menjawab persoalan itu, sebaliknya mempersoalkan Mahdzir mengenai isu projek solar sekolah yang kini disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). -SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.