Kenapa Cepat Sentap Isu LGBT, YB Syed Saddiq?

SHAH ALAM – Tindakan Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang memuat naik tweet ‘memperli’ Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Twitter, akhirnya mengundang sindiran netizen.

Pada mulanya, Syed Saddiq menulis tweet tersebut untuk memberi maklum balasnya terhadap laporan Malaysiakini bertajuk ‘Elak Turun Bala Kerana LGBT Seperti Di Palu, Kata Zahid’.

“Kalau makan rasuah dan bersekongkol dengan mereka yang mencuri duit rakyat macam mana pula? Bala turun ke tak? 

“Di KBS (Kementerian Belia dan Sukan) dah 12 orang ditahan SPRM. Dalam UMNO ja dah terlalu banyak sampai dah hilang kiraan. Tak pula saya dengar bala akan turun kerana pencuri,” tulis Ahli Parlimen Muar itu, merujuk kepada pendakwaan mahkamah yang dikenakan terhadap Zahid dan beberapa pemimpin UMNO lain kebelakangan ini.

Tweet itu bagaimanapun ‘memakan tuan’ apabila rata-rata pelayar laman sosial itu membidas menteri muda berkenaan.

Ada yang mempersoalkan mengapa Syed Saddiq terlalu cepat melenting apabila melibatkan isu LGBT, sedangkan Zahid hanya memberi kenyataan secara umum.

Syed Saddiq sebelum ini pernah dikecam gara-gara melantik seorang yang dikatakan pendokong LGBT, Numan Afifi sebagai pegawai khas beliau. 

Tidak kurang juga ada yang menyindir dengan mengatakan tidak menunaikan janji juga merupakan satu dosa, sebagai merujuk kepada janji-janji manifesto yang masih belum ditunaikan Pakatan Harapan (PH). -SuaraTv 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.