Wanita Kashmir Dihantui Penjenayah Misteri Yang Memotong Rambut Mereka

KAUM wanita di Kashmir kini dihantui oleh penjenayah misteri yang menyerang dan kemudian memotong rambut mereka.

Setakat ini 100 wanita telah menjadi mangsa. Disebabkan kejadian itu juga, seorang warga emas berusia 70 tahun telah dibunuh manakala seorang lagi lelaki yang tidak siuman hampir dibakar oleh penduduk.

Semuanya gara-gara penjenayah misteri ini. Menurut mangsa, penjenayah itu akan menyembur mereka dengan sejenis semburan hingga pengsan sebelum memotong rambut mangsa.

Meskipun pada awalnya polis percaya mangsa yang memotong sendiri rambut mereka namun kini pihak berkuasa menawarkan ganjaran 600,000 rupi kepada sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai dalang tersebut.

Pada masa sama, polis juga meminta wanita yang menjadi mangsa supaya mengambil ujian mengesan pembohongan.

Dalam pada itu, salah seorang mangsa, Tasleema berkata dia dalam perjalanan untuk menghantar sayur-sayuran di pasar apabila diserang.

“Saya hanya berpaling sekejab selepas menutup pintu dan ketika itu seseorang mencekik saya dari belakang. Saya nampak mukanya memakai topeng. Selepas itu saya tidak tahu apa yang berlaku,” katanya.

Sementara suaminya, Mohammad Rauf Wani, mendengar jeritan isterinya dan kemudian mendapati wanita itu terbaring di atas lantai dengan enam inci rambutnya telah dipotong

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.