Tolak Cinta Pemuda, Muka Remaja Ditoreh

Kerana cinta ditolak, seorang lelaki nekad ‘menculik’ dan memaksa seorang remaja perempuan melakukan hubungan seks sebelum bertindak kejam menoreh muka mangsa dalam kejadian di Kampung Melayu Medan, Indonesia.

Menurut Agensi, mangsa dikenali sebagai Nadya, 17 tahun itu diculik ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dari sekolah lalu dibawa ke sebuah rumah kosong berhampiran lokasi kejadian oleh suspek, petik Awani.

Difahamkan, suspek pada mulanya memaksa mangsa mengadakan hubungan seks tetapi ditolak sebelum lelaki itu bertindak menoreh muka remaja berkenaan.

“Saya sempat dipaksa untuk melakukan seks tetapi saya menolak (permintaan itu) lalu dia mula naik angin dan memukul serta menoreh muka saya,” kata mangsa.

Sejurus kejadian, suspek meninggalkan gadis malang itu di tepi jalan.

Ibu mangsa turut memberitahu bahawa hubungan Nadya bersama lelaki itu sangat akrab.

Difahamkan, mangsa kini sedang dirawat di sebuah hospital dan hampir buta disebabkan kesan torehan itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.