Sadis! Ibu bapa Ini Langsung Tak Menyesal Seksa Anak Selama 8 Bulan Hingga Meninggal

Seorang budak lelaki bernama Gabriel  yang berusia lapan tahun meninggal selepas diseksa oleh ibu dan bapa tirinya. Meninggal dunia pada 2013, Gabriel disyaki mengalami penyiksaan selama 8 bulan di tangan ibunya sendiri, Pearl Fernandez, 31 dan ayah tirinya, Isauro Aguirre, 35.

Dipetik dari Daily Mail , ketika Fernandez dan Aguirre berada di tempat perbicaraan, mereka tidak sedikit pun menunjukkan ekspresi menyesal dalam diri.

Jururawat Alison Segal sebagai saksi menjelaskan bahawa dia melihat Gabriel bergegas ke Hospital Antelope Valley pada 22 Mei 2013 setelah didapati tidak sedarkan diri di kawasan rumahnya di Palmdale, Los Angeles, California, Amerika Syarikat.

Pada sidang yang diadakan pada hari Jumaat itu, Segal mendedahkan kecederaan teruk di tubuh Gabriel.

“Ada lecet, ada luka terbuka, ada lebam, ada bengkak, ada tanda di kaki. Bahkan ada kulit yang hilang di bahagian atas leher Gabriel. Mulai kepala hingga hujung kaki,” terang Segal.
Segal menambah dia diminta untuk memeriksa keadaan Gabriel.

Gabriel dikejarkan ke Hospital Kanak-kanak di Los Angeles, California kerana keadaannya sangat kritikal. Ketika Gabrie dikejarkan ke hospital, Fernandez dan Aguirre berbohong mengatakan anaknya cedera akibat jatuh di bilik mandi.

Segal berkata Gabriel diberi ventilator dan jantungnya sempat berhenti sekurang-kurangnya dua kali.

“Pihak perubatan terpaksa memberi isyarat kepada Jibril untuk tindak balas. Suhu badan Gabriel hanya 31 celcius dan ia adalah  suhu rendah untuk kanak-kanak kecil,” jelasnya.

Sebelum ini, adik beradik Gabril, Ezequil, 16 dan Virginia, 14, menjelaskan bahawa mereka menyaksikan sendiri ketika Gabriel disiksa oleh ibu bapa mereka sendiri.

Jiran mereka pernah melaporkan tentang hal keluarga Fernandez itu sebelum ini namun hal tersebut tidak berjaya. Ini kerana apabila perkhidmatan sosial datang, Gabriel akan digari tangannya dan disembunyikan dalam kabinet. Hal itu dilakukan supaya perkhidmatan sosial tidak mengetahui keadaan Gabriel.

Gabriel sebelum mengalami penyiksaan.
Ezequil menjadi saksi penyiksaan yang  dialami adiknya itu. Dia menjelaskan bahawa Gabriel sering dipukul dan ditendang oleh ibunya dan bapa tiri, malah lelaki itu tidak teragak-agak untuk memukulnya dengan kayu pemukul besbol.

Ketika Gabriel cedera, dia akan disuruh berbohong, mengatakan luka-luka tersebut terjadi ketika bermain. Bukan itu saja, Fernandez dan Aguirre juga memaksa Gabriel makan makanan yang telah tumpah atau basi. Bahkan Gabriel juga disuruh memakan muntahannya sendiri.

Tindakan penyiksaan yang dilakukan Fernandez dan Aguirre hanya kerana rasa tidak suka pada Gabriel. Mereka fikir Gabriel adalah gay.

Virginia melihat bagaimana Aguirre memukul kepala adiknya itu berulang-ulang . Setelah mendapat pukulan bertubi-tubi, badan Gabriel jatuh dan tak sedarkan diri.

Kerana panik, Fernandez dan Aguirre cuba menyedarkan Gabriel namun tak berjaya. Akhirnya mereka menghubungi paramedik dan mengatakan Gabriel terjatuh di bilik mandi.

Lebih buruk lagi, semasa kesaksian membuat kenyataan,  Fernandez dan Aguirre menolak dakwaan tersebut. Mereka tidak mengakui perbuatan mereka telah menyebabkan Gabriel kehilangan nyawa.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.