Rumah Mariah Carey Dipecah Masuk, Kerugian USD$50,000

Mariah Carey mengalami kerugian sebanyak USD$50,000 (RM200,000) selepas rumah agamnya di Los Angeles dipecah masuk.

Penyanyi lagu My All, Mariah Carey mengalami kerugian sebanyak USD$50,000 (RM200,000) selepas rumah agamnya yang terletak di Los Angeles dipecah masuk, lapor Gempak.

Dalam kejadian yang berlaku awal pagi Khamis lalu, penjenayah tersebut dilaporkan membawa lari beg tangan mewah dan aksesori berjenama.

“Kejadian tersebut agak pelik kerana penjenayah itu tidak membawa lari barang-barang berharga lain seperti barang kemas dan wang tunai yang bernilai jutaan ringgit.

“Mereka memilih untuk mencuri beg tangan serta aksesori mewah sahaja. Ketika kejadian, Mariah dan dua orang anaknya berada di New York,” kata sumber TMZ.

Kejadian tersebut tidak disedari oleh pengawal keselamatan rumah Mariah kerana sistem penggera rumah tidak berfungsi dan mengalami kerosakan.

Penjenayah dipercayai masuk menerusi tingkap bahagian atas rumah dan melakukan perkara terkutuk tersebut kira-kira jam 3.00 pagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.