Putus Cinta, Bekas Kekasih Minta Gadis Ini Kembalikan Patung Pemberiannya, Alasannya Buat Anda Ketawa

Memberi hadiah pada pasangan sudah menjadi perkara biasa bagi pasangan kekasih. Bermula dari bunga, anak patung kepada hadiah mewah seperti perhiasan. Setiap barang tentu mempunyai nilai dan kenangan tersendiri bagi masing-masing.

Namun, apa yang terjadi pada barang-barang ini ketika pasangan kekasih ini putus? Cerita baru-baru ini menjadi perhatian netizen di media sosial.

Insiden itu bermula apabila seorang gadis bernama Hannah Hernandez memuat naik gambar ke akaun Facebooknya. Dalam gambar tersebut, Hannah kelihatan bergambar memeluk erat sebuah anak patung beruang berwarna pink yang sangat besar.

Hannah berfoto dengan boneka pemberian mantan pacarnya

Hannah mengaku bahawa bekas kekasihnya meminta patung beruang yang telah diberikan padanya. Hannah tidak marah, Hannah malah memberi reaksi tidak dijangka atas permintaan bekas kekasihnya itu.

Apa yang disebut oleh Buzz Filipina, Wanita Filipina itu berkata bahawa bekas kekasihnya itu boleh mengambil anak patung tersebut pada bila-bila masa,  Walaupun Hannah tidak berada di rumah, lelaki itu tetap boleh ambil.

Lelaki itu mempunyai sebab kenapa mahu mengambil kembali patung tersebut. Lelaki itu sengaja meminta hadiah anak patungnya untuk alasan yang tidak dijangkakan.

Ternyata bekas kekasihnya itu meminta patung itu kembali supaya dia boleh memberikan patung tersebut pada teman wanita barunya.

Tidak kesal atau kecewa, sebaliknya dia malah menulis mesej mengejutkan bagi bekas kekasihnya itu. Hannah berharap teman wanita baru lelaki itu akan menyukai anak patung besar ini.

Diakhir penulisannya, dia juga sempat menulis ucapan terima kasih kerana diberikan peluang untuk memiliki patung beruang itu. Hannah juga mendoakan yang terbaik untuk bekas kekasihnya itu.

Namun, netizen yang melihat muat naik Hannah ini buat mereka berasa geram.

Ramai yang menilai bahawa lelaki tersebut sudah gila kerana meminta semula patung yang sudah diberikan. Walaupun mereka sudah bukan lagi pasangan kekasih, tapi lelaki tersebut telah memberikan patung itu sebagai hadiah. Hadiah yang sudah diberikan seharusnya tidak diminta semula.

Percakapan Hannah dengan sang mantan

 

Setiap orang mempunyai perlakuan yang berbeza pada barang pemberian bekas kekasih. Sesetengah orang ada yang buang dan ada juga pulangkan semula pada bekas kekasih mereka.

Hal inilah yang menyebabkan lelaki itu berani meminta patung itu kembali pada Hannah. Meskipun niat Hannah baik, tapi ada pula yang menuliskan komen negatif.

Beberapa netizen mengatakan bahawa seharusnya Hannah menutupi identiti mereka supaya teman wanita baru lelaki itu tak tahu bahawa patung tersebut merupakan barang bekas kekasihnya.

Walaupun sempat menjadi viral, muat turun Hannah ini akhirnya dipadam. Masih belum diketahui bagaimana reaksi kekasih baru lelaki itu saat mendapat hadiah tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.