Projek Diluluskan Kerajaan DAP P.Pinang, Tapi BN Pula Dipersalahkan

Tulisan asal oleh:
Lim Sian See, Facebook Lim Sian See, 22 Oktober 2017

Kerajaan Pulau Pinang baru sahaja keluar dengan jawapan yang pelik mengatakan bahawa ketinggian tapak pembinaan dengan tanah runtuh yang menyebabkan kematian itu adalah hanyalah 40m di atas paras laut dan di bawah penetapan 76m yang dianggap sebagai pembangunan atas bukit – oleh itu ia memenuhi garis panduan NRE 2005.

Mereka kemudian berkata bahawa jika anda tidak puas hati maka sila buat laporan SPRM.

Walau bagaimanapun, tiada siapa yang bercakap mengenai ketinggian tapak pembinaan itu.

Orang ramai bercakap mengenai ketinggian dan kecerunan bukit-bukit di sebelahnya serta hakikat bahawa kawasan botak yang luas termasuk kuari lama di atas bukit itu yang tidak akan menghentikan aliran air.

Lim juga diminta memberi komen mengenai dakwaan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Wan Junaidi bahawa tapak pembinaan itu berhampiran dengan kuari, katanya: “Saya difahamkan oleh Datuk Maimunah Mohd Shariff bahawa kuari itu telah diluluskan oleh pentadbiran terdahulu.”

HELLO …. tiada siapa yang meminta anda untuk meluluskan tapak pembinaan di bawah kuari.

Ini seperti menyalahkan laluan kereta api yang dibina oleh orang lain kerana anda memilih untuk berdiri di atas laluan kereta api itu dan kemudiannya dilanggar oleh kereta api.

Jika anda tahu bahawa kuari itu sudah ada sejak beberapa dekad lalu, anda tidak patut meluluskan projek pembinaan di kaki bukit tersebut.

Saya sudah tahu pun… entah bagaimana, ia kini telah disalahkan ke atas kerajaan BN sebelum ini.

Jawapan biasa dari DAP yang sentiasa memutar belit.

—–

https://www.nst.com.my/news/nation/2017/10/293805/tanjung-bungah-landslide-developer-not-allowed-start-work-contractor-face

Link asal artikel:
https://www.facebook.com/lim.siansee/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.