Nekad! Pelanggan Ini Hanya Pakai Baju Renang Tempah Makanan Di Restoran, Ternyata Ini Sebabnya

Baju renang seharusnya digunakan di kolam renang atau pantai. Reka bentuk pakaian terbuka itu menjadikan pakaian ini tidak sesuai untuk tujuan lain. Apalagi jika digunakan di hadapan ramai orang di tempat awam.

Baru-baru ini  ini, sebuah video telah tersebar. Rakaman ini pertama kali dimuat naik oleh seorang lelaki bernama Aljan Dasalla Adolfo melalui akaun Facebook-nya. Lelaki Filipina ini berkongsi dua video yang serupa.

Dalam video tersebut, kelihatan seorang wanita berambut panjang dan bertubuh langsing. Wanita  tersebut sedang beratur membeli makanan di kedai makanan segera Jollibee. Bagaimanapun, terdapat satu perkara yang benar-benar menarik perhatian pengunjung.

Ini kerana wanita yang berambut panjang ini mengenakan baju renang ketika sedang beratur. Dia menggunakan baju renang yang berwarna gelap dengan menampakkan bahagian punggung dan pahanya dengan jelas.

Walaupun memakai pakaian yang nampak seksi, dia tidak peduli dan kelihatan seperti biasa. Dia beratur untuk menempah makanan seperti tiada yang pelik dengan penampilannya.

Akhirnya terbongkar bahawa wanita itu bernama Riri Santorini, yang merupakan kawan Aljan. Video ini jadi viral dan sudah ditonton lebih dari 1 juta kali. Ternyata mereka melakukan aksi ini hanya sebagai sebuah bahan lawak.

Setelah Riri  mendapatkan pesanannya, dia berjalan ke meja dengan berjalan seperti seorang model.

Dia seolah-olah  tak peduli dengan penampilannya yang mengundang perhatian ini. Video yang dimuat naik Aljan ini sudah ‘dikongsi’ lebih dari 4 ribu kali dan mengundang banyak komen netizen.

Mereka cukup terkejut kerana Riri berani melakukan prank ini. Adakah anda berani melakukan aksi yang sama?

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.