Kemaluan OKU Tersangkut Di botol, 14 Jam Derita

TAIPING — Kemaluan seorang lelaki tersangkut pada muncung botol air mineral yang digunakan untuk membuang air kecil.

Lelaki, 29, menderita hampir 14 jam sejak isterinya memasukkan kemaluannya ke botol jam 10.30 malam tadi, lapor BH.

Orang kurang upaya (OKU) itu tidak dapat mengeluarkan kemaluannya walau pelbagai usaha dibuat sebelum dibawa ke Hospital Taiping.

Ketua balai bomba dan penyelamat Taiping berkata pihaknya menerima panggilan jam 11.27 pagi dan menggunakan peralatan khas untuk memotong muncung botol.

“Operasi bantuan khas ini selesai kira-kira 12 tengah hari,” kata Hasna Rashid.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.