Jurgen Klopp Salahkan Pertahanan Punca Dibelasah Tottenham

LONDON – Jurgen Klopp merayu agar barisan pertahanannya dapat memperbaiki segera kelemahan ketika menjelaskan punca pasukannya dibelasah 1-4 oleh Tottenham Hotspur di tempat lawan awal pagi tadi.

Selepas sembilan perlawanan, benteng Liverpool sudah melepaskan 16 gol setakat ini – rekod terburuk dalam sejarah awal musim kelab itu sejak tahun 1964 sekaligus mendorong Klopp mengeluarkan kata-kata pedas pasukan bimbingannya jangan harap untuk dapat mengejar pasukan lain jika masih gagal menyelesaikan masalah di barisan pertahanan mereka.

“Tidak payah cakap tentang kelompok empat teratas sekarang. Kami di tangga kesembilan. Ia rekod terburuk sejak 1964. Sukar untuk mempercayainya kerana kami memang layak berada di situ,” kata pengendali dari Jerman itu selepas menyedari Liverpool kini ketinggalan 12 mata di belakang pendahulu, Manchester City.

Kemenangan Spurs yang dibimbing Mauricio Pochettino pula menyaksikan mereka berkongsi mata dengan Manchester United di tangga kedua – terima kasih kerana dua jaringan yang disumbangkan Harry Kane dalam perlawanan itu. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.