Facebook Silap Terjemah, Lelaki Palestin Ditahan Israel

BAITULMAQDIS – Kesilapan perisian Facebook, menterjemahkan tulisan ‘selamat pagi’ dalam bahasa Arab kepada ‘serang mereka’, menyebabkan seorang lelaki Palestin ditahan Polis Israel.

Menurut AFP, akhbar Haaretz melaporkan, polis mengakui tersilap menahan lelaki Palestin terbabit kerana disyaki menghasut, sebelum dibebaskan, lapor BH.

Sebelum kejadian itu, lelaki Palestin terbabit dikatakan memuat naik gambarnya bersandar pada jentolak di penempatan Israel di Beitar Ilit, tempat kerjanya di Tebing Barat.

Haaretz melaporkan, bersama gambar itu, lelaki terbabit menyertakan ungkapan ‘selamat pagi’ dalam bahasa Arab tetapi perisian Facebook silap menterjemah perkataan itu kepada ‘serang mereka’ dalam bahasa Ibrani dan ‘cederakan mereka’ dalam bahasa Inggeris.

Tidak jelas bagaimana kesilapan terjemahan itu berlaku, sedangkan tiada persamaan di antara ungkapan Arab yang digunakan untuk ‘selamat pagi’ dengan frasa dalam bahasa Ibrani atau Inggeris itu. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.