Adik Benjy Jadi Tular, Muat Naik Kisah Benjy

Satu kenyataan di laman twitter milik Allahyarham Azean Irdawaty iaitu Elza menarik perhatian netizen apabila beliau memperkatakan tetang abangnya yang juga merupakan pelakon, Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Benjy.

Elza dalam status berkenaan berkata beliau masih menyanyangi abangnya meskipun telah menerima hukuman penjara selama 11 tahun akibat daripada penyeludupan dadah ke Indonesia.

Menurut beliau, Benjy masih darah kandungnya dan menerima keadaan tersebut dengan hati terbuka.

“Saya tidak menghukum Ben (panggilan untuk Benjy) kerana kesalahannya. Saya sayangkannya sebagai abang. Saya maafkan dia sebagai keluarga saya.

“Dia masih mempunyai masa yang panjang untuk menebus kesalahannya dan sebagai adik saya akan tetap berada di sini sehingga ke akhirnya,” tulis Elza.

Dalam pada itu, menurut laporan dari Mstar Online,Elza mengenangkan kembali pengorbanan yang abangnya lakukan terhadap adiknya Inessa Irdayanty ketika masih kecil.

“Dia adalah abang yang menjaga saya dan adik ketika ibu bapa kami keluar bekerja. Sejak kecil dia sentiasa menjadi ketua keluarga dan berkorban masa bersama rakan-rakannya demi menjaga kami.

“Ben, untuk semua kelemahan dan keputusan yang salah, tetap abang saya. Dia mempertahankan apabila saya memerlukannya, dia adalah pelindung adik-adiknya.

“Saya rasa lebih berani apabila tahu dia adalah abang saya. Ben, untuk kesalahannya, dia tetap ahli keluarga saya.

“Tidak kira berapa tahun, bukan 14 atau 11. Ia tidak akan memisahkan ikatan kami adik-beradik,”ujarnya.

Terdahulu, 18 Oktober lalu, Benjy, 38, dijatuhi hukuman penjara selama 11 tahun oleh Mahkamah Daerah Medan, Indonesia selepas didapati bersalah memiliki 4.5 gram dadah jenis methaphetamine.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.