346 Ditahan Terlibat Kegiatan Militan Daesh – TPM

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata sehingga 6 Oktober tahun ini seramai 346 orang ditahan dengan 95 daripadanya adalah rakyat Malaysia kerana dipercayai terlibat dengan Daesh.

Ahmad Zahid berkata, tangkapan yang dilakukan tersebut termasuk kerjasama yang dijalankan dengan beberapa agensi perisikan antarabangsa seperti Interpol telah berjaya mengekang unsur keganasan daripada menular ke negara ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Tan Sri Annuar Musa (BN-Ketereh) dalam sidang Dewan Rakyat di sini hari ini. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.