17 Tahun Tidak Ada Anak, Keajaiban Berlaku Membuatkan Pasangan Ini Terharu

Bagi pasangan yang telah lama mendirikan rumah tangga dan belum dikurniakan cahaya mata, mempunyai anak pasti menjadi harapan besar yang ingin diwujudkan. Segala usaha akan dilakukan untuk segera menimang cahaya mata. Begitu juga dengan pasangan suami isteri dari Nigeria ini.

Ajibola Taiwo dan Adeboye Taiwo sudah 17 tahun berkahwin dan belum juga dikurniakan seorang anak. Pada November 2016 lalu, kedua-duanya cuba melakukan ultrasound dan satu keajaiban berlaku.

Doktor mendapati Adebola hamil. Ajaibnya, bukan hanya satu tetapi ada empat degupan jantung yang terdengar. Pada Januari 2017 degupan jantung yang terdengar bertambah menjadi enam.

6 Bayi Kembar.

Berita itu membuatkan pasangan ini berasa gembira dan terharu.

Untuk memastikan proses persalinan berjalan lancar, sebuah pasukan yang terdiri daripada 40 orang ditubuhkan untuk melakukan pemantauan dan latihan resusitasi.

Keenam bayi itu lahir dengan selamat pada Mei 2017 lalu. Tiga bayi adalah perempuan dan tiga yang lain adalah lelaki.

Susan Lanni, seorang doktor yang membantu proses kelahiran itu memberitahu bahawa ini merupakan proses kelahiran yang jarang berlaku.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.