Terengganu, PDRM 
Ucap Selamat Tinggal Liga Super

KUALA LUMPUR – Terengganu dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bermain dalam Liga Perdana musim depan selepas masing-masing tewas dalam perlawanan ter­akhir Liga Super 2016 malam tadi manakala Pulau Pinang dan Sarawak diselamatkan oleh ja­ringan pada penghujung perlawanan.

Pulau Pinang, yang berada di tempat kedua terakhir sebelum perlawanan malam ini, me­mintas ke kedudukan ke-10 untuk terselamat daripada ter­singkir ke divisyen dua tahun depan apabila menewaskan pa­sukan tercorot Terengganu 1-0 di Stadium Bandaraya menerusi jaringan Mohd. Faizat Ghazli pada minit ke-88.

 

Sarawak, yang sebelum ini turut berada dalam kalangan empat pasukan di zon penying­kiran, turut selamat apabila menundukkan PDRM 2-1 di Stadium Negeri. Gol Sarawak diperoleh menerusi Gilmar da Silva pada masa kecederaan babak pertama dan Nur Shamie Iszuan Amin pada minit ke-86.

 

Jaringan tunggal PDRM dihasilkan oleh Guilherme de Paula pada minit ke-26.

Kelantan pula seri 2-2 dengan Perak yang bermain dengan 10 orang di Stadium Sultan Muhammad IV, manakala Terengganu FC II (TFCII) terikat 1-1 bersama Pahang di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

 

Sementara itu, hasrat Sela­ngor untuk meraih motivasi awal menjelang final Piala Malaysia hujung bulan ini tidak kesampaian selepas tewas di Stadium Shah Alam kepada Johor Darul Ta’zim (JDT), yang sudah pun mengesahkan kejuaraan Liga Super menerusi perlawanan ke-20, awal September lalu.

 

Harimau Selatan terus me­ngaum dengan rekod tanpa kalah musim ini menerusi ja­ringan penyerang dari Argentina, Jorge Pereyra Diaz dan Amri Yahyah, masing-masing pada minit ke-65 serta 77, manakala gol tunggal Red Giants disumbangkan oleh Hazwan Bakri pada minit ke-71.

 

Sementara itu, Melaka United yang sudah pun bergelar juara Liga Perdana musim ini sekadar melengkapkan jadual terakhir saingan divisyen kedua itu de­ngan mengikat pasukan tercorot Sime Darby FC 1-1 di Stadium Hang Jebat. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.