Morsi Dikenakan Hukuman Penjara 20 Tahun

KAHERAH – Mahkamah Mesir menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun ke atas bekas Presiden, Mohamed Morsi, menurut sumber kehakiman, semalam.

 

Ia adalah hukuman pertama terhadap Morsi yang berdepan tuduhan menyebabkan kematian penunjuk perasaan ketika demonstrasi ‘Arab Spring’ pada 2012.

 

Morsi, presiden pertama Mesir yang dipilih secara demokrasi, berdepan beberapa tuduhan lain, termasuk membocorkan rahsia kepada kerajaan Qatar dan bersubahat dengan kumpulan militan Hamas untuk menjejaskan kestabilan Mesir.

 

Bekas presiden itu juga berdepan tuduhan cubaan melarikan diri daripada penjara ketika kebangkitan rakyat menentang Presiden Hosni Mubarak pada 2011. – REUTERS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.