Kerepek Ubi Termahal Dunia

STOCKHOLM, Sweden – Sebuah syarikat pengilang arak, St. Erik di sini memperkenalkan kerepek ubi kentang termahal dunia yang mana ia dijual pada harga £45.68 (RM235) bagi setiap kotak, baru-baru ini.

 

 

Agensi melaporkan, setiap kotak makanan ringan tersebut mengandungi hanya lima keping kerepek ubi kentang yang dihasilkan menerusi buatan tangan seorang cef, Pi Le.

 

 

Secara purata, sekeping kerepek itu berharga kira-kira £9.14 (RM47).

 

 

Kerepek yang dianggap sebagai makanan eksklusif itu dihasilkan dengan menggunakan lima ramuan khas iaitu cendawan Matsutake yang dipetik dari kawasan hutan di utara Sweden; rumpai laut trufel dari Kepulauan Faroe; herba Crown Dill dari Semenanjung Bjare; bawang Leksand dan arak India, Pale Ale Wort.

 

 

Ubi kentang yang digunakan pula diperoleh dari kawasan Ammarnas di utara Sweden.

 

 

Sebanyak 100 kotak kerepek bagi pengeluaran pertama dilaporkan telah habis dijual dalam tempoh singkat.

 

 

“Semua kandungan yang digunakan untuk hasilkan kerepek ini belum pernah dilakukan mana-mana pihak sebelum ini,” kata Pi Le.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.