Yang di-Pertuan Agong Jalani Rawatan Berkala Di IJN

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah menjalani rawatan berkala seperti yang dijadualkan di Institut Jantung Negara (IJN) malam tadi.

 

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Wira Awang Kechik Abdul Rahman dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, 88, berangkat ke IJN pada 10.30 malam tadi (Khamis 22 Okt) dengan kenderaan rasmi Seri Paduka bagi menjalani pemeriksaan kesihatan berkala seperti yang dijadualkan.

 

“Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sedang berehat dan dijangka akan kembali bertugas secepat mungkin,” katanya.

 

Beliau berkata Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah turut menzahirkan rasa terharu dan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa mendoakan kesihatan dan kesejahteraan baginda.- BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.