Unesco Lulus Revolusi Arab

PARIS – PERANCIS. Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco), meluluskan resolusi negara Arab di wilayah terbabit.

 

 

Menerusi resolusi yang digubal oleh Algeria, Mesir, Kuwait, Maghribi, Tunisia dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) itu telah mengkritik Israel kerana gagal membina semula kawasan yang musnah akibat peperangan selain mencabuli tapak warisan pembinaan semula infrastruktur di Gaza.

 

 

Menurut laporan Al Arabiya, selain itu, resolusi berkenaan turut mengutuk tindakan rejim Zionis yang mengenakan sekatan lebih ketat di kawasan Masjid al-Aqsa dan mengecam keganasan yang semakin meningkat di Baitulmaqdis Timur.

 

 

Difahamkan, resolusi tersebut menerima 26 undi sokongan negara anggota  Lembaga Eksekutif Unesco dan 25 daripadanya berkecuali.

 

 

Enam negara termasuk Amerika Syarikat (AS), Britain dan Jerman  menentang resolusi tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.