Suu Kyi Bela Hak Ekspatriat

NAYPYIDAW – MYANMAR. Pengerusi Liga Kebangsaan bagi Demokrasi (NLD),  Aung San Suu Kyi berhasrat mewujudkan hubungan lebih kukuh dengan negara jiran bagi melindungi hak ekspatriat.

 

 

Menerusi laporan Eleven Myanmar, Suu Kyi berkata, wilayah itu mahu mempunyai hubungan lebih baik dengan negara jiran dalam usaha mencapai pembangunan.

 

 

“Ia penting untuk kita dan negara lain. Rakyat harus menikmati perlindungan di negara ini,” katanya yang melihat situasi rakyatnya yang mencari pekerjaan di Myanmar untuk menyara keluarga.

 

 

Katanya, sistem yang diaplikasikan pada masa ini tidak mewujudkan peluang kerja sejak lebih 50 tahun lalu.

 

 

“Kita perlu mengubah sistem sistem pendidikan dan mewujudkan peluang ekonomi bagi membantu rakyat tempatan,” katanya.

 

 

Suu Kyi turut menggesa kerajaan supaya memberi perlindungan kepada semua rakyat di negara asing kerana ia merupakan tugas utama kedutaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.