RM2.5 bilion Dilabur Tambah Ekuiti Milik Bumiputera

KUALA LUMPUR -Ekuiti Nasional Bhd (EKUINAS) melabur RM2.5 bilion sejak tahun 2010 kepada syarikat-syarikat berpotensi bagi menambah ekuiti milik Bumiputera.

 

Menurut Laporan Ekonomi 2015/2016, EKUINAS yang ditubuhkan pada 2010 untuk menggalakkan penyertaan Bumiputera dalam ekonomi, telah melabur antara lain dalam sektor minyak dan gas, perkhidmatan dan penjagaan kesihatan.

 

Bagi memperkukuhkan penyertaan Bumiputera dalam ekosistem keusahawanan, Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) ditubuhkan yang melaksanakan pelbagai program bagi memacu idea perniagaan inovatif dan kreatif.

 

Programnya termasuk pertandingan Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (SUPERB) yang menyediakan geran sehingga RM500,000 kepada pemenang. – BHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.