Perdana Menteri Bentang Bajet 2016 Petang Ini

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan membentangkan Bajet 2016 di Parlimen petang ini.

 

Penggubalan bajet kali ini dikatakan paling sukar disebabkan persekitaran dunia yang mencabar, namun kerajaan mengariskan pelbagai usaha untuk melindungi ekonomi Malaysia.

 

Setiap orang akan memperoleh manfaat, terutama golongan berpendapatan rendah, selain kelas pertengahan, namun rakyat tidak wajar mengharapkan habuan yang tidak realistik.

 

Tumpuan adalah ke atas usaha untuk mengukuhkan daya tahan ekonomi, mengurus impak pendedahan luaran dan melindungi kebajikan rakyat.

 

Usaha lain termasuklah membantu mengimbangi kos hidup yang semakin meningkat, menyokong sektor swasta, meningkatkan pembangunan modal insan serta produktiviti. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.