Kerajaan Terpaksa Meminjam, Jika Tiada GST

KUALA LUMPUR – Kerajaan terpaksa meminjam dan membuat hutang untuk membayar gaji penjawat awam jika tiada GST sekali gus hasil negara juga akan berkurangan sebanyak RM21 bilion sepanjang tahun.

Menurutnya, kerajaan terpaksa meminjam untuk membayar gaji penjawat awam, penarafan kredit negara pula akan diturunkan dan kos pinjaman untuk semua seperti pinjaman peribadi, pinjaman perumahan dan perniagaan pasti akan meningkat.

“Kalaulah kita kekal dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), kutipan hanyalah sekadar RM18 bilion berbanding GST iaitu sebanyak RM39 bilion.

“Akibatnya, defisit negara akan meningkat kepada 4.8 peratus dan bukan lagi 3.1 peratus seperti yang disasarkan pada tahun 2016,” katanya ketika menyampaikan ucapan pembentangan Bajet 2016 pada sidang Dewan Rakyat di Parlimen di sini, hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.