GST lebih cekap berbanding SST

KUALA LUMPUR -“Hasil kerajaan akan lebih rendah sebanyak RM21 bilion pada 2016 andai GST tidak dilaksanakan,” Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, semasa membentangkan Bajet 2016 di Dewan Rakyat hari ini.

 

 

Beliau berkata, cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) terbukti sebagai sistem kutipan cukai yang lebih cekap berbanding cukai jualan dan perkhidmatan (SST), kerana membantu mengimbangi kemerosotan hasil akibat kejatuhan harga minyak.

 

 

Katanya, regim percukaian baharu itu mengumpul hasil berjumlah RM39 bilion tahun depan berbanding RM18 bilion jika kerajaan masih meneruskan SST.

 

 

Najib berkata, jika ia masih berlaku, defisit fiskal mungkin meningkat kepada 4.8 peratus dan bukan 3.1 peratus yang disasarkan untuk 2016.

 

 

GST  yang bermula 1 April tahun ini diperkenalkan pada kadar enam peratus menggantikan SST pada kadar 10 peratus. Sistem cukai ini telah dilaksanakan di lebih 160 buah negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.