BR1M Bukti Kerajaan Salah Guna Kuasa, Kata Tony Pua

KUALA LUMPUR – Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) oleh kerajaan sudah salah guna kuasa, dakwa Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.

 

Kata Ahli Parlimen DAP itu, pemberian BR1M adalah bentuk bantuan yang sepatutnya disalurkan kepada golongan tertentu sahaja dan bukannya diberi kepada kebanyakan rakyat negara ini.

 

“Sebenarnya dasar BR1M adalah dasar yang boleh diterima. Namun ia telah disalahgunakan (fungsinya) dan bantuan itu telah diberikan kepada (terlalu) ramai orang.

 

“Kalau mahu beri sahaja kepada orang miskin. Itu tak ada masalah.. Tetapi kalau semua orang dapat (hampir 40 peratus rakyat Malaysia dapat), ia sudah dikira seperti satu bentuk penyalahgunaan kuasa,” katanya ketika ditemui Sinar Online.

 

Bagaimanapun beliau enggan mengulas mengenai pemberian BR1M yang akan menjadi sebahagian perkara yang disentuh dalam pembentangan Bajet 2016 esok.

 

“Kita kena tengok angka belanjawan yang dibentang esok dalam Bajet 2016. Selepas itu baru kita boleh cerita pasal (tentang) ini,” katanya lagi. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.