Bakal Laksana 9 projek dalam Bajet 2016

KUALA LUMPUR – “Kerajaan juga akan melaksanakan Cyber City Centre di Cyberjaya dengan nilai pembangunan hampir RM11 bilion dalam tempoh lima tahun,” kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razaknya dalam pembentangan Bajet 2016 di Dewan Rakyat di sini hari ini.

 

 

Beliau berkata, kerajaan akan membangunkan Malaysian Vision Valley meliputi keluasan 108,000 hektar di Negeri Sembilan, dengan unjuran pelaburan permulaan sebanyak RM5 bilion.

 

 

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan juga akan membangunkan Bandar Lapangan Terbang atau Aeropolis KLIA di kawasan seluas 526.09 hektar, yang dijangka menarik pelaburan sebanyak RM7 bilion.

 

 

Menurutnya, sembilan projek dan inisiatif dalam Bajet 2016 akan menaikkan pelaburan domestik dengan jangkaan sumbangan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar sebanyak 26.7 peratus tahun depan.

 

 

Sembilan projek domestik yang bernilai RM6.7 bilion oleh Khazanah Nasional Bhd itu akan dilaksanakan pada tahun depan, di samping memperuntukkan RM500 juta untuk modal teroka dan dana ekuiti persendirian termasuk dana teroka modal pelancongan sebanyak RM50 juta.

 

 

Selain itu, beliau berkata kerajaan memperuntukkan pelaburan kira-kira RM18 bilion pada 2016 bagi projek Kompleks Rapid di Pengerang Johor.

 

 

Sementara itu, dalam usaha menarik lebih banyak pelaburan swasta, Najib berkata beberapa projek sedang giat dilaksanakan, termasuk pembangunan Rubber City di Kedah, Taman Perindustrian Samalaju di Sarawak dan Jeti Minyak Kelapa Sawit di Sandakan, Sabah.

 

 

“Kerajaan akan menyediakan peruntukan sebanyak RM730 juta kepada dana-dana di bawah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) dalam  usaha merancakkan pembangunan industri kimia, elektronik dana elektrikal, mesin dan peralatan, aeroangkasa, peranti dan perubatan dan perkhidmatan,”katanya.

 

 

Beliau berkata, insentif baharu Elaun Pelaburan Semula Khas akan diberikan kepada syarikat sedia ada dalam sektor pengilangan dan pertanian terpilih yang telah tamat tempoh Elaun Pelaburan Semula atau Reinvestment Allowance.

 

 

Katanya, kadar tuntutan 60 peratus daripada perbelanjaan modal yang layak dan dibenarkan ditolak daripada 70 peratus daripada pendapatan berkanun untuk tahun taksiran 2016 hingga 2018.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.