Bajet Pembangkang Hanya Syok Sendiri – Mahdzir

KUALA LUMPUR – “Tiap-tiap tahun, pembentangan bajet (Bajet Alternatif Pakatan) mereka ini hanya syok sendiri‎,” demikian sindir Ahli Parlimen Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pembentangan unjuran Bajet Alternatif 2016, gabungan pembangkang dari DAP, PKR, dan Parti Amanah Negara yang antara lain mencadangkan pemansuhan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

 

“Setiap tahun Pakatan ni bentang Belanjawan mereka sendiri. Bila kita (kerajaan) nak buat sesuatu, mereka (pembangkang) pun nak buat juga,” katanya kepada Sinar Online.

 

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama pemimpin Pakatan Harapan pada Rabu melancarkan buku Belanjawan Alternatif Malaysia 2016 di Parlimen, Rabu lalu.

 

Menerusi Belanjawan Alternatif itu, Pakatan Harapan meramalkan negara berhadapan dengan kadar inflasi yang lebih tinggi pada tahun hadapan disebabkan oleh kadar GST dan kejatuhan nilai ringgit.

 

Sehubungan itu, Pakatan Harapan mencadangkan supaya tindakan segera dengan memberi penarafan sifar bagi semua barangan GST bagi menstabilkan inflasi.

 

Sementara itu, Mahdzir menambah, Pakatan Harapan sengaja menjadikan Bajet Alternatifnya sebagai agenda politik semata-mata.

 

“Saya ingat.. Kita tak perlu ulas pasal ini. Mereka cuma cakap saja. Tiap-tiap tahun hanya ikut bentang Belanjawan seperti kerajaan,” katanya lagi. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.