Tiga Gajet Baru Apple Dijual Mulai 7 Nov

Kuala Lumpur – Bagi penggemar gajet, tiga produk terbaru Apple Inc – iPhone6, iPhone 6 Plus dan jam tangan iPhone Watch, bakal dijual di pasaran tempatan dalam tempoh 16 hari lagi, bermula 7 November ini.

Perkara itu diumumkan syarikat telekomunikasi tempatan, Maxis Berhad hari ini, sambil memaklumkan prapembelian iPhone 6 dan iPhone 6 Plus akan bermula Jumaat ini, di store.maxis.com.my.

Kesemua tiga produk terbaharu syarikat elektronik gergasi Amerika Syarikat itu dilancarkan Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook di Cupertino, California pada 10 September lalu, sebelum berada di pasaran negara itu, sembilan hari kemudian.

Gajet yang dijangka paling mencuri perhatian ialah Apple Watch atau jam tangan Apple yang berfungsi sebagai jam tangan pintar dengan kelebihan skrin sesentuh.

Bagi model telefon pintar iPhone pula, ia akan bersaiz lebih besar daripada model-model sebelum ini, dengan paparan skrin iPhone 6 berukuran 4.7 inci, manakala bagi iPhone 6 Plus ialah 5.5 inci, dan paling utama, Apple turut mendakwa model terbaru itu mempunyai jangka hayat bateri lebih lama, berbanding produknya sebelum ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.