Remaja Parah Dirempuh Tren

Kuantan – Hasrat seorang remaja untuk bersembahyang di kuil bagi menyambut Deepavali hari ini tidak kesampaian, apabila dia cedera parah dilanggar kereta api, ketika melintas landasan untuk ke kuil di Kilometer 226.5 Tanjung Lipis, Kuala Lipis.

Ketua Polis Daerah Kuala Lipis, Supt Abdul Razak Hassan, berkata dalam kejadian kira-kira jam 6.15 pagi itu, G. Nagaya, 17 tahun, dari Kampung Tanjung Lipis dilanggar tren Senandung Wau 28NK, yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Tumpat, Kelantan.

Kejadian itu hanya disedari pemandu tren, selepas terlanggar sesuatu, sebelum memaklumkannya kepada anggota polis bantuan KTM Kuala Lipis.

Remaja itu pada awalnya dihantar ke Hospital Kuala Lipis, sebelum dipindahkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh untuk rawatan lanjut, selepas mangsa yang lengkap berpakaian raya itu, terpelanting kira-kira 20 meter daripada landasan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.