NGO Gesa Kerajaan DAP Wujudkan Tanah Rizab Di Pulau Pinang

Georgetown – Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang) mencadangkan kerajaan negeri mewujudkan tanah rizab untuk masyarakat Melayu di negeri itu.

Presidennya, Tan Sri Mohd Yussof Latiff, berkata kini tiba masanya Pulau Pinang memperuntukkan sejumlah tanah untuk tujuan itu, bagi mengiktiraf penempatan masyarakat Melayu yang bertapak awal di negeri berkenaan, sebelum kedatangan Inggeris.

“Sudah sampai masanya kita persoalkan mengapa Pulau Pinang tiada tanah rizab seperti negeri-negeri bersultan lain, sedangkan negeri ini dahulunya sebahagian dari Kedah,” katanya sambil menambah, buat masa ini, Pulau Pinang hanya mempunyai Tanah Rizab Persekutuan – tanah yang boleh digunakan jabatan-jabatan tertentu di bawah Kerajaan Persekutuan bagi kegunaan awam.

Jelasnya, cadangan itu adalah rasional, kerana terdapat sekurang-sekurangnya 25 kampung di sekitar Jelutong, Tanjung Tokong, Batu Uban dan Balik Pulau yang diancam pembangunan sehingga menenggelamkan penempatan tradisi masyarakat asal di kawasan itu.

Mohd Yussof berharap diadakan kerjasama kerajaan pusat dan kerajaan negeri dalam usaha mewujudkan dan melindungi tanah simpanan Melayu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.