Yeo Bee Yin Tak Layak Jadi Menteri, Syarikat Ladang Milik Suami Punca Jerebu – Nicole

KUALA LUMPUR – Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin tidak layak menjadi menteri kerana suaminya mempunyai anak syarikat perladangan kelapa sawit di Indonesia yang menjadi punca jerebu di negara ini.

Ketua Pemuda MCA, Nicole Wong berkata, Bee Yin sepatutnya melepaskan jawatannya kerana syarikat perladangan suaminya itu akan berlaku ‘conflict of interest’ yang boleh dipertikaikan oleh masyarakat.

Tambahnya, beliau berasa kesal dengan tindakan menteri itu yang tidak mampu menyelesaikan masalah jerebu berikutan syarikat suaminya turut tersenarai sebagai punca kebakaran hutan di negara jiran tersebut.

“Kegagalan beliau menjalankan tugas sangat mengecewakan kerana ia melibatkan keselamatan rakyat di kedua-dua buah negara,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Tambah Nicole, memang bukan seorang sahaja menteri Kabinet daripada Pakatan Harapan perlu meletakkan jawatan berikutan kegagalan menjalankan tugas, tapi keadaan Bee Yin jauh lebih serius berbanding menteri lain kerana ia melibatkan keselamatan nyawa rakyat.

Katanya, Bee Yin tidak sesuai menyandang jawatan itu kerana ketidakupayaan menangani masalah Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, Johor baru-baru ini. – UTUSAN

Lain-lain berita pilihan pembaca;

Puncanya Mansuh GST, Polisi Celaru dan Pelabur Lari, Kini Jual Aset Kerana Tiada Duit – Khalid

Kerap Jual Aset Negara, Tapi Mengapa Hutang Makin Bertambah?

Ahli Parlimen PKR Bimbang Rakyat Akan Hukum PH Kerana Asyik Jual Aset Negara

Sindir Kempen Produk Muslim, Harith Iskandar Enggan Komen Selepas Dikecam Netizen

Pemimpin PKR dan DAP Berbalah Isu Jawatan Ketua Pengakap Melaka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.