Tiada Dokumen Perjanjian Yang Tetapkan Bila Anwar Jadi PM – Penasihat Media Dr Mahathir

KUALA NERUS – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak pernah menetapkan sebarang tarikh tertentu berhubung penyerahan jawatan Perdana Menteri kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penasihat Khas Media dan Komunikasi Perdana Menteri, Datuk A. Kadir Jasin berkata, tiada apa-apa dokumen perjanjian yang menyatakan Anwar perlu menjadi Perdana Menteri ke-8 Malaysia pada tahun depan mahu pun garis masa lain.

“Itu tidak betul, kita tidak menetapkan tarikh malah dalam semua dokumen tidak dinyatakan tahun 2020 ke atau 2030 kerana kita tidak pernah ada tarikh pun.

“Tun Dr. Mahathir Mohamad kata beliau akan menunaikan janji tersebut,” katanya kepada pemberita selepas Program Sepagi di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini hari ini.

Yang hadir sama, Naib Canselor UMT, Prof. Datuk Dr. Nor Aieni Mokhtar.

Baru-baru ini Anwar ketika ditemubual Bloomberg berkata, beliau akan mengambil alih jawatan Perdana Menteri sekitar Mei 2020.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu turut dilaporkan berkata, beliau tidak akan terlalu cerewet mengenai tempoh tepat pengambilalihan tersebut. – UTUSAN

Lain-lain berita pilihan pembaca;

Ahli Parlimen PKR Bimbang Rakyat Akan Hukum PH Kerana Asyik Jual Aset Negara

Puncanya Mansuh GST, Polisi Celaru dan Pelabur Lari, Kini Jual Aset Kerana Tiada Duit – Khalid

Kerap Jual Aset Negara, Tapi Mengapa Hutang Makin Bertambah?

Sindir Kempen Produk Muslim, Harith Iskandar Enggan Komen Selepas Dikecam Netizen

Pemimpin PKR dan DAP Berbalah Isu Jawatan Ketua Pengakap Melaka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.