Mira Filzah Tepati Ramalan, Menang Anugerah Bintang Paling Popular ABP32

PELAKON Mira Filzah menepati ramalan ramai apabila dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular ke-32 (ABP32) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam tadi.

Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 26, turut memenangi anugerah Pelakon Filem Wanita Popular, Pelakon TV Wanita Popular dan Gandingan Serasi Drama Popular bersama Remy Ishak untuk kategori online.

Kemenangan itu sekali gus menyaksikan Mira membawa pulang hadiah utama berupa sebuah kereta Nissan X-Trail 2.0L Hybrid beserta trofi.

“Alhamdulillah rezeki berpihak pada Mira dan Mira percaya ini adalah hasil usaha para peminat yang telah mengundi tanpa henti dan sentiasa menyokong kerjaya seni Mira selama ini.

“Mira percaya rezeki itu ALLAH dah tetapkan, selain usaha yang kita lakukan. Kemenangan bukanlah jalan mudah untuk kita lebih relaks atau goyang kaki, tapi bagi Mira bila dah menang ia seperti satu tanggungjawab untuk Mira memperbaiki diri pada masa akan datang supaya kemenangan itu dilihat berbaloi oleh semua orang.

“Kalau boleh, Mira nak orang nampak bakat Mira. Biarlah kemenangan itu selari dengan bakat dan bukan semata-mata kerana gosip dan sebagainya,” katanya yang ditemui selepas majlis berakhir.

Dalam pada itu, saingan terdekat Mira, Siti Nordiana turut mencipta kenangan manis apabila memenangi dua anugerah bagi kategori Penyanyi Wanita Popular DuitNow dan Pengacara TV Popular.

Sementara itu, ABP32 turut memberi Anugerah Khas Pencapaian Sepanjang Hayat kepada kumpulan Raihan atas pencapaian dan sumbangan mereka terhadap industri seni tanah air.

ABP32 yang dihoskan oleh Datuk AC Mizal dan Elly Mazlein itu, disiarkan secara langsung menerusi saluran TV3. – Awani

SENARAI PEMENANG ABP32

Kategori Utama

Bintang Paling Popular: Mira Filzah
Pelakon Filem Lelaki Popular: Fattah Amin
Pelakon Filem Wanita Popular: Mira Filzah
Penyanyi Lelaki Popular DuitNow: Khai Bahar
Penyanyi Wanita Popular DuitNow: Siti Nordiana
Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular: Dayang Nurfaizah & Hael Husaini
Pelakon TV Lelaki Popular Alha Alfa: Syafiq Kyle
Pelakon TV Wanita Popular Alha Alfa: Mira Filzah
Pengacara TV Popular: Siti Nordiana
Penyampai Radio Popular: DJ Lin
Artis Komedi Popular: Zizan Razak
Artis Versatil Popular: Janna Nick
Artis Baharu Lelaki Popular: Adam Lee
Artis Baharu Wanita Popular: Haneesya Hanee
Artis Korea Popular: BTS
Artis Indonesia Popular: Laudya Cynthia Bella
Anugerah Khas Pencapaian Sepanjang Hayat: Raihan

Kategori Online

Artis Sensasi Popular: Haqiem Rusli
Gandingan Serasi Drama Popular: Mira Filzah & Remy Ishak
Gandingan Serasi Filem Popular: Hannah Delisha & Syafiq Kyle
Pelakon Watak Antagonis Popular: Shukri Yahaya
Lagu Paling Boom: Selamat Tinggal Sayang (Haqiem Rusli)

Lain-lain berita pilihan pembaca;

Tinggal Dunia Gengsterisme Selepas Peluk Agama Islam

Puncanya Mansuh GST, Polisi Celaru dan Pelabur Lari, Kini Jual Aset Kerana Tiada Duit – Khalid

Mark Adam Berdoa Semoga Ibu Peluk Islam

Ahli Parlimen PKR Bimbang Rakyat Akan Hukum PH Kerana Asyik Jual Aset Negara

Sindir Kempen Produk Muslim, Harith Iskandar Enggan Komen Selepas Dikecam Netizen

Pemimpin PKR dan DAP Berbalah Isu Jawatan Ketua Pengakap Melaka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.