“Yang Baling Kerusi Itu, Saya Akan ‘Baling’ Keluar Dari Parti,” kata Anwar Ibrahim

SHAH ALAM – Ahli PKR yang mencetuskan kekecohan ketika pemilihan parti pada Sabtu sehingga bertindak membaling kerusi berpotensi dipecat keanggotannya.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian ketika berucap Majlis Sambutan Hari Malaysia 2018 anjuran PKR Api-Api di Kota Kinabalu hari ini.

Mengulas lanjut katanya penangguhan pemilihan di beberapa cabang adalah bertujuan untuk memastikan proses itu dijalankan dengan bersih dan adil dalam masa yang sama memberi ruang untuk kelemahan di beberapa aspek ditangani.

“Ada kelemahan-kelemahan dalam pemilihan, sebab itu Kedah semalam dan hari ini Perak, bagi memastikan pemilihan itu bersih…Saya punya jawapan, orang yang baling kerusi itu, saya akan ‘baling’ keluar dari parti,” katanya.

Anwar menegaskan, pemilihan jawatan dalam PKR sekarang merupakan perlawanan dalam keluarga dan setiap ahli parti mempunyai 1 undi dan berhak untuk mengundi sesiapapun pemimpin yang terbaik untuk menjadi pemimpin dalam PKR.

Untuk rekod, semalam diumumkan, proses pengundian bagi pemilihan PKR di 4 negeri iaitu Perlis, Perak, Negeri Sembilan dan Melaka ditangguh ke tarikh lain yang akan ditentukan kemudian berikutan beberapa masalah yang dihadapi ketika proses pengundian berlangsung di Pulau Pinang dan Kedah semalam.

Pengumuman itu dibuat oleh Setiausaha Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR Ismail Yusop.

Ismail berkata proses pengundian akan bermula pada 30 Sept di Johor seperti ditetapkan JPP, iaitu selepas penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Port Dickson.

Demikian juga tarikh pengundian bagi Negeri Sembilan dan Melaka.-SuaraTv

2 thoughts on ““Yang Baling Kerusi Itu, Saya Akan ‘Baling’ Keluar Dari Parti,” kata Anwar Ibrahim

  • September 30, 2018 at 8:29 pm
    Permalink

    bagi tazkirah? diri pun kotor tk bersih? mcmana tu? takde yg ni tegur? haru biru cacamurba? diri terpalit skandal sex ..tk rasa ke malu pd allah agama islam semua? heran ni ni jadi PM? kucar kacir lah.. tolak pkr di pd? bagi pas undi banyak…! kotor jijik jelik lah…. tolak pkr undi pas..hidup pas..!

    Reply
  • September 30, 2018 at 8:31 pm
    Permalink

    huruhara cacamurba kucar kacir… ayuh rakyat pd undi pas..tolak pkr! ..undilah pas untuk sejahtera… tolak pkr ayuh semua…undilah pas..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.