UMNO Tak Perlu Raih Simpati Pihak Lain Untuk Kuat

SHAH ALAM – UMNO tidak perlu meraih simpati demi mengukuhkan hala tujunya, kata Ketua Pergerakan Pemuda parti tersebut,Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.

Sebaliknya beliau berpendirian bahawa UMNO hanya perlu fokus terhadap usaha mengukuhkan kedudukan dengan memberi keyakinan kepada Melayu-Islam.

“Paling penting ialah terus berusaha dan tidak sesekali berasa gundah gulana kerana kekuatan UMNO adalah kekuatan akar umbi.

“Akar umbi sedang menanti-nantikan apakah sebenarnya mesej yang hendak kita sampaikan. Kita kena jelas apakah sebenarnya yang ingin diperkukuhkan dalam konteks UMNO itu sendiri,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Untuk rekod 16 September lalu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti itu tidak gopoh dalam membentuk kerjasama politik bersama UMNO dan Majlis Syura ulama parti itu akan membuat penilaian mengenainya.

Tambah Hadi setakat ini kerjasama di antara kedua-dua parti itu adalah berdasarkan kepentingan Islam yang merupakan satu keperluan, bukannya disebabkan keadaan mendesak.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.